Monday, 3 October 2011

Pengenalan

1.1 Objektif Unit
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
·  Menghuraikan faedah ICT kepada murid,
·  Menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P,
·  Menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam
P&P.

1.2 Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

1.3 Apa tujuan Modul?
Modul ini bertujuan untuk:
·  menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara
berfikrah, terancang, dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti
P&P,
·  membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
P&P yang menggunakan ICT,

1.4 Apa manfaat ICT dalam pembelajaran?

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
dengan keperluan dalam pembelajaran:
·  berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran,
·  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan,
·  Meningkatkan motivasi murid,
·  Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning)
·  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
·  Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
·  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar,
·  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya
untuk dilaksanakan dengan cara biasa,
·  Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
·  Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minima,
·  Meningkatkan kemahiran ICT.