2.1 Objektif
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:· Menerangkan maksud pembelajaran tutorial
· Menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan untuk
pembelajaran tutorial,
· Merancang aktiviti pembelajaran tutorial yang menggunakan
ICT,
· Melaksanakan aktiviti pembelajaran tutorial yang
menggunakan ICT.
2.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakanuntuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan
yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi2:
· Pembelajaran ekspositori3
· Demonstrasi sesuatu
fenomena yang ditunjukkan
dan dikawal urutan
babaknya oleh sistem,
· Latihan atau latihtubi yang
disampai dan dikawal oleh
sistem.
2.3 Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialahkomputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di
dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Istilah Computer Assisted Instruction (CAI)4 digunakan untuk
menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.
Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction
atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993)
digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang
berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri
2 Means et. al. (1993),
3 Pembelajaran ekspository merujuk kepada suasana pembelajaran di mana
guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif.
(http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/tool_glossary.htm).
4 Perisian CAI yang pertama dibangunkan oleh Patric Suppes daripada
Stanford University pada tahun 60’an.
Objektif Unit
Maksud ICT untuk
pembelajaran tutorial
Bagaimana guna ICT
kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang
berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan
kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT,
perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya
berciri multimedia.
Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu
atau lebih daripada komponen berikut5:
· Mempersembahkan maklumat
· Membimbing
· Menyediakan/memberi latihan
· Menilai pencapaian
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model
tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai
penyampai maklumat
utama dan murid
sebagai penerima.
Perisian pendidikan
seperti ini lebih mudah
diadaptasi oleh guru
(Clack dan Sun, 1996).
Bagimanapun, guru
harus berhati-hati dalam
melaksana pendekatan
ini. Kesilapan dalam
memberikan
pertimbangan boleh:
· mengakibat pembaziran masa dan tenaga
· menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih
produktif
· menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
· mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk
mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara
berikut perlu diberi pertimbangan:
· Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini,
guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian
pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
· Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
· Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
· Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT
dapat membantu pelajar memahami dan menguasai
pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah
merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.
Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
· Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
· Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
· Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu
persekolahan.
2.4 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Ini?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakandalam situasi berikut:
· Kelas yang
mengandung murid
yang ramai dengan
kemampuan belajaran
yang berbeza.Dalam
situasi ini guru boleh
memberi tumpuan
kepada sebahagian
murid sementara
sebahagian yang lain
mengguna komputer.
· Guru terpaksa
bertugas luar dan
kelas diselia oleh guru
ganti.Dalam situasi iniguru tersebut boleh merancang
pembelajaran mengguna komputer.
· Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam
situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk
pemuliihan.
· Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti
pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang
mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
kemampuan belajaran
yang berbeza.Dalam
situasi ini guru boleh
memberi tumpuan
kepada sebahagian
murid sementara
sebahagian yang lain
mengguna komputer.
· Guru terpaksa
bertugas luar dan
kelas diselia oleh guru
ganti.Dalam situasi iniguru tersebut boleh merancang
pembelajaran mengguna komputer.
· Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam
situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk
pemuliihan.
· Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti
pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang
mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
2.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT?
· Dapat mengindividukan pembelajaran· Muriid belajar mengikut kemampuan sendiri.
· Meningkatkan motivasi.
· Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan
yang minimum.













