1.1 Objektif Unit
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:· Menghuraikan faedah ICT kepada murid,
· Menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P,
· Menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam
P&P.
1.2 Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICTsecara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
1.3 Apa tujuan Modul?
Modul ini bertujuan untuk:· menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara
berfikrah, terancang, dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti
P&P,
· membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
P&P yang menggunakan ICT,
1.4 Apa manfaat ICT dalam pembelajaran?
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
dengan keperluan dalam pembelajaran:
· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran,
· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan,
· Meningkatkan motivasi murid,
· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning)
· Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar,
· Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya
untuk dilaksanakan dengan cara biasa,
· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minima,
· Meningkatkan kemahiran ICT.













